SIFU SHAM

CEO SHAM & ADAM JV SDN. BHD

 

Berniaga Aiskrim Sejak Berumur 9 tahun, di Kampung Padang Kunyit, Grik, Perak. Beliau adalah CEO KIFAYAH GROUP, iaitu syarikat induk kepada Kifayah Global Resources Sdn. Bhd., Kifayah Global Resources (Mentor Mentee), Kifayah Empire (Durian Crepe), Kifayah Marketing & Distribution (Edaran & Pemasaran), Kifayah Services & Trading (Jualan & Baikpulih barang elektrik), Akademi Kifayah (Pusat Tuition & Pengajian Al Quran).

 

Pada tahun 2017, beliau bersama-sama seorang lagi pemegang saham, menubuhkan syarikat Sham & Adam JV Sdn. Bhd. dan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Sham & Adam adalah syarikat yang menghasilkan aiskrim durian berjenama Sam & Adams dan juga menyediakan perkhidmatan dari segi Latihan & Coaching untuk usahawan aiskrim, pembekalan mesin aiskrim dan alat ganti dan penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan mesin aiskrim. Dalam konteks latihan dan ‘coaching’ untuk usahawan aiskrim, beliau yang lebih dikenali sebagai SIFU SHAM, telah melatih dan menjadi mentor kepada lebih daripada 400 orang usahawan aiskrim di seluruh Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak) termasuk yang di negara Brunei.