TUAN IDAHAR

PENGARAH STRATEGIK SHAM & ADAM JV SDN. BHD.

 

Pernah berkhidmat sebagai peguambela & peguamcara, tetapi kemudiannya meninggalkan dunia guaman untuk menceburi lapangan korporat kerana kecenderungan beliau lebih kepada dunia perniagaan konvensional dan juga bidang yang berkaitan dengan pembangunan manusia dan organisasi. Sejak itu, beliau mula mendaki tangga korporat dalam banyak syarikat termasuklah syarikat luar negara (MNC). Beliau kemudian telah menubuhkan beberapa syarikat beliau sendiri dan juga menjalankan latihan pengurusan dan kepimpinan untuk para usahawan khususnya serta menjadi penasihat perniagaan kepada banyak syarikat IKS. Kini beliau dilantik sebagai Pengarah Strategik dalam syarikat  Sham & Adam yang mana tugas utama beliau adalah menguruskan hal-hal strategik dan juga membina sistem bisnes untuk syarikat disamping menjalankan latihan-latihan korporat yang berkisar kepimpinan & pengurusan bisnes.